Ramai terleka dengan cerita COVID-19. Rata² dalam FB, WhatsApp dll media sosial serta media elektronik tak banyak nak mengingatkan kita tentang malam ini.
Ya malam ini, lepas Maghrib ialah malam Israk Mikraj. Peristiwa Israk dan Mikraj nabi besar kita Muhammad ﷺ terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12.
Kisah luar biasa “dalam satu malam” ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah bagi Muhammad ﷺ yang tak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Muhammad ﷺ sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah kepada Muhammad ﷺ.
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ